Monday, February 28, 2011

Syarat-Syarat Pertandingan Sukan KARISMA IV (bah.i)

Syarat-syarat Pertandingan Badminton KARISMA IV
1.0         PERATURAN AM
1.1.        Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut  Undang-Undang Badminton World Federation (BWF) 1.2.        Sekiranya berlaku perselisihan/persoalan dari pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
2.0         TARIKH
             1hb dan 2hb April 2011
3.0         TEMPAT PERTANDINGAN
3.1         Pertandingan ini akan diadakan di :-
3.1.1      Gelanggang Badminton Gymnasium JUST, bagi pelajar siswi
3.1.2      Gymnasium Khalid Al-Walid Yarmouk Irbid, bagi pelajar siswa
4.0         PENYERTAAN
4.1.         Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:-
URUSETIA
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA (KARISMA) Ke-4
Unit Atucara Program & Infrastruktur Sukan
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
Tel: ___________________
Email:
karismajordan@ymail.com
4.2.         Penyertaan Kontinjen adalah seperti:-
                                4.2.1.     PERMAI ( IRBID )
                                4.2.2.     PPMA ( AMMAN )
                                4.2.3.     PRISMA ( MAFRAQ )
4.2.4.     PERMATA ( MU’TAH )
4.3          Setiap kontinjen hanya dibenarkan menghantar  satu (1) pasukan siswa dan satu (1) pasukan siswi  sahaja:
             Siswa
                3 perseorangan
             2 beregu
             2 simpanan
  Jumlah       9  Orang sahaja. 
Siswi
         
       3 perseorangan
             2 beregu
             2 simpanan
  Jumlah       9  Orang sahaja.
4.4.         Jumlah dalam setiap pasukan adalah termasuk seorang yang dikenali sebagai PENGURUS atau KETUA yang boleh menjadi wakil untuk acara taklimat ringkas, perbincangan antara pasukan mahupun cabutan undi.
4.5.        Setiap pasukan hendaklah mengisikan borang yang telah disediakan dan dikembalikan selewat-lewatnya sebelum jam 10 malam 10hb Mac 2011 (Khamis)
5.0        MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
5.1.        Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan suatu masa sebelum pertandingan dimulakan.
5.2.        Senarai nama yang disahkan semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
6.0          SENARAI PEMAIN-PEMAIN
6.1          Pengurus / Ketua Pasukan dikehendaki menyerahkan SATU (1) SENARAI NAMA
PEMAIN-PEMAIN dalam borang khas yang disediakan kepada Jawatankuasa
Pertandingan TIGA PULUH (30) MINIT sebelum perlawanan bermula beserta posisi
setiap pemain.

7.0.         PERATURAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN
7.1          Pertandingan berformatkan LIGA.
7.2          Bentuk pertandingan adalah berkonsep Piala Thomas di mana mengandungi 3 perseorangan dan 2 beregu.
7.3          Sesuatu pasukan akan memenangi sesuatu pertembungan apabila memenangi 3 daripada 5 perlawanan maksimum terlebih dahulu.
7.4          Mata perlawanan adalah sebanyak 21, dan jika kedudukan mata terikat
pada angka 20-20, maka kemenangan hendaklah ditentukan dengan beza 2  
                                mata, dan jika berlarutan pada angka 29-29, mata 30 adalah mata penamat.
7.3          Setiap perlawanan berlangsung sebanyak 2 set utama, dan jika berlarutan, perlawanan terpaksa dilangsungkan ke set ketiga. Kiraan mata untuk set ketiga adalah sebanyak 21 juga.
7.4          Nisbah bagi menentukan juara liga akan dikira seperti berikut(mengikut keutamaan) :-
7.4.1              Kemenangan  pertembunganterbanyak
7.4.2              Pertembungan muka ke muka
7.6          Pakaian pemain hendaklah menutup aurat sejajar dengan mahasiswa/I Islam.
7.7          Semua pasukan hendaklah mengikut peraturan yg ditetapkan oleh pihak pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.

8.0       PERLAWANAN
 8.1         Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan.
8.2          Setiap pasukan dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari  masa yang dijadualkan
Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.
9.0  BANTAHAN
9.1          Sebarang bantahan hendaklah dibuat satu (1) jam selepas  perlawanan berkenaan tamat dengan   wang cagaran sebanyak JOD20.00 secara bertulis.
9.2           Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
10.0       TATATERTIB/DISPLIN
10.1.      Sebarang kelakuan dari pemain atau penyokong dari mana –mana kontinjen yang melampau sehingga menggangu perlawanan, pasukan  dari kontinjen terbabit akan dibatalkan serta merta dari perlawanan. Setiap kemenangan akan ditarikbalik tanpa sebarang tolak ansur.
11.0       HADIAH
11.1.       Hadiah-hadiah akan diberikan kepada kategori siswa dan siswi:-
KATEGORI / PINGAT
SISWA
SISWI
EMAS
1 (9)
1 (9)
PERAK
1 (9)
1 (9)
GANGSA
1 (9)
1 (9)
JUMLAH PINGAT
54
 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Syarat-syarat Pertandingan Bola Tampar KARISMA IV
1.0         PERATURAN AM
1.1.        Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut  Undang-Undang Fédération Internationale de Volleyball (FIVB)
1.2.        Sekiranya berlaku perselisihan/persoalan dari pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
2.0         TARIKH
             1hb dan 2hb April 2011
3.0         TEMPAT PERTANDINGAN
3.1             Pertandingan ini akan diadakan di :-
3.1.1      Gelanggang Bola Tampar Gymnasium JUST dan Gymnasium Madinah Hassan bagi siswi
3.1.2      Kuliah Riadah University Yarmuk,bagi siswa        
4.0         PENYERTAAN
4.1.         Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:-
URUSETIA
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA MALAYSIA (KARISMA) Ke-4
Unit Atucara Program & Infrastruktur Sukan
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
Tel: ___________________
Email: karismajordan@ymail.com

4.2.         Penyertaan Kontinjen adalah seperti:-
                                4.2.1.     PERMAI ( IRBID )
                                4.2.2.     PPMA ( AMMAN )
                                4.2.3.     PRISMA ( MAFRAQ )

4.2.4.     PERMATA ( MU’TAH )
   

4.3          Setiap kontinjen hanya dibenarkan menghantar  dua(2) pasukan siswa dan dua(2) pasukan siswi sahaja:
             Lelaki
             Pasukan A              9  Orang ( 6 + 3 simpanan )
             Pasukan B              9 Orang (6 + 3 simpanan )
             Jumlah                            18  Orang sahaja.

                Wanita:
             Pasukan A              9  Orang ( 6 + 3 simpanan )
             Pasukan B              9 Orang (6 + 3 simpanan )
             Jumlah                            18  Orang sahaja.

4.4. Jumlah dalam setiap pasukan adalah termasuk seorang yang dikenali sebagai PENGURUS atau KETUA yang boleh menjadi wakil untuk acara taklimat ringkas, perbincangan antara pasukan mahupun cabutan undi.
4.5.        Setiap Pasukan hendaklah mengisikan borang yang telah disediakan dan dikembalikan selewat-lewatnya sebelum jam 10 malam 10hb Mac 2011 (Khamis)
5.0        MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
5.1.        Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan suatu masa  sebelum pertandingan acara Bola Tampar  dimulakan.
5.2.        Senarai nama yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

6.0          SENARAI PEMAIN-PEMAIN
6.1          Pengurus / Ketua Pasukan dikehendaki menyerahkan SATU (1) SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN dalam borang khas yang disediakan kepada Jawatankuasa pertandingan TIGA PULUH (30) MINIT sebelum perlawanan bermula beserta posisi setiap pemain.
7.0.         PERATURAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN
7.1        Pertandingan dijalankan secara ‘ROUND ROBIN’ dalam dua (2) kumpulan
7.2          Di pertandingan secara liga kumpulan (Peringkat Awal).MATA akan diberikan  seperti berikut:-
7.2.1      Pasukan yang menang                                   3 mata
7.2.2      Pasukan yang kalah                                         0 mata
                                7.2.3      Pasukan yang menarik diri                           0 mata
7.3          Permainan akan dijalankan dalam DUA SET dengan kiraan mata 25 dan tambahan sehingga 30 sekiranya permainan terikat.  Pemenang akan ditentukan melalui nisbah kemenangan set yang besar terlebih dahulu.
7.4          Seandainya kedua-dua pasukan terikat 1-1 SET KETIGAakan dilangsungkan untuk menentukan pemenang bagi sasuatu perlawanan.
7.5          2 pasukan yang mendapat mata terbanyak dalam kumpulan akan memasuki separuh akhir dan sekiranya kiraan MATA adalah sama dalam pertandingan, maka pasukan yang mempunyai :-
7.5.1          Nisbah  set  yang  terbanyak  dianggap  sebagai  pemenang.
7.5.2      Sekiranya terdapat pasukan-pasukan yang memperolehi Nisbah Set yang sama, maka pasukan yang memperolehi Nisbah Mata terbanyak dianggap sebagai pemenang.
8.0          PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR
8.1          2 Pasukan yang memperolehi MATA yang terbanyak dalam kumpulan masing-masing adalah layak bermain dalam PERINGKAT SEPARUH AKHIR.
8.2          Pertandingan separuh akhir akan dimainkan secara KALAH SINGKIR.
9.0          PERTANDINGAN PENENTUAN TEMPAT KE-3 DAN KE-4
9.1          Pasukan yang tersingkir di pertandingan peringkat separuh akhir akan bermain dalam    penentuan tempat ke-3 dan ke-4
10.0        PERTANDINGAN AKHIR
10.1        Pemenang-pemenang pertandingan peringkat separuh akhir  adalah layak bermain dalam pertandingan akhir untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.
11.0       PERLAWANAN
11.1    Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan.
11.2        Setiap pasukan dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari  masa yang dijadualkan.
Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.
12.0  BANTAHAN
12.1     Sebarang bantahan hendaklah dibuat satu (1) jam selepas  perlawanan berkenaan tamat dengan    wang cagaran sebanyak JOD20.00 secara bertulis.
12.2    Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
13.0       TATATERTIB/DISPLIN
13.1      Sebarang kelakuan dari pemain atau penyokong dari mana –mana kontinjen yang melampau sehingga menggangu perlawanan. Pasukan yang dari kontinjen terbabit akan dibatalkan serta merta dari perlawanan. Setiap kemenangan akan ditarikbalik tanpa sebarang tolak ansur.
14.0       HADIAH
14.1       Hadiah-hadiah akan diberikan kepada kategori lelaki dan wanita:-
KATEGORI / PINGAT
SISWA
SISWI
EMAS
1 (9)
1 (9)
PERAK
1 (9)
1 (9)
GANGSA
1 (9)
1 (9)
JUMLAH PINGAT
54


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Syarat-syarat Pertandingan Bola Jaring KARISMA IV
1.0         PERATURAN AM
1.1.        Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan   dijalankan mengikut  Undang-Undang International Federation of Netball Association(IFNA)
1.2.        Sekiranya berlaku perselisihan/persoalan dari pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

2.0         TARIKH
             1hb dan 2hb April2011.
3.0         TEMPAT PERTANDINGAN
3.1             Pertandingan ini akan diadakan di :-
3.1.1      Gelanggang Bola Jaring Gymnasium JUST&Gymnasium Madinah Hassan
4.0         PENYERTAAN
4.1.         Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:-
URUSETIA
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA MALAYSIA (KARISMA)2011 IRBID
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
Tel: ___________________
Email: karismajordan@ymail.com

4.2.         Penyertaan Kontinjen adalah seperti:-
                                4.2.1.     PERMAI ( IRBID )
                                4.2.2.     PPMA ( AMMAN )
                                4.2.3.     PRISMA ( MAFRAQ )

4.2.4.     PERMATA ( MU’TAH )
4.3          Setiap kontinjen hanya dibenarkan dua(2) pasukan siswi sahaja:
                Siswi:
             Pasukan A              10  Orang ( 7 + 3 simpanan )
             Pasukan B              10 Orang (7 + 3 simpanan )
             Jumlah                            20  Orang sahaja.

4.4.        Jumlah dalam setiap pasukan adalah termasuk seorang yang dikenali sebagai  PENGURUS atau KETUA yang boleh menjadi wakil untuk acara taklimat ringkas, perbincangan antara pasukan mahupun cabutan undi
4.5.        Setiap Pasukan hendaklah mengisikan borang yang telah disediakan dan dikembalikan selewat-lewatnya sebelum jam 10 malam 10hb Mac 2011 (Khamis)
5.0        MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
5.1.        Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan suatu masa  sebelum pertandingan acara Bola Jaring  dimulakan.
5.2.        Senarai nama yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

6.0          SENARAI PEMAIN-PEMAIN
6.1          Pengurus / Ketua Pasukan dikehendaki menyerahkan SATU (1) SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN dalam borang khas yang disediakan kepada Jawatankuasa pertandingan TIGA PULUH (30) MINIT sebelum perlawanan bermula beserta posisi setiap pemain
7.0.         PERATURAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN
7.1        Pertandingan dijalankan secara ‘ROUND ROBIN’ dalam dua (2) kumpulan
7.2          Di pertandingan secara liga kumpulan (Peringkat Awal).MATA akan diberikan  seperti berikut:-
7.2.1      Pasukan yang menang                                   3 mata
                                7.2.2      Pasukan yang kalah                                         0 mata
                                7.2.3      Pasukan yang menarik diri                           0 mata
             7.3             Permainan akan dijalankan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap
suku waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit.
                            Pemenang akan ditentukan melalui nisbah kemenangan set yang besar terlebih
dahulu.

7.4          2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dalam kumpulan dikira pemenang dan sekiranya kiraan MATA adalah sama dalam pertandingan, maka pasukan yang mempunyai :-
7.4.1          Nisbah  set  yang  terbanyak  dianggap  sebagai  pemenang.
7.4.2          Sekiranya terdapat pasukan-pasukan yang memperolehi Nisbah Set yang sama, maka pasukan yang memperolehi Nisbah Mata terbanyak dianggap sebagai pemenang.

7.6          Pakaian pemain hendaklah menutup aurat sejajar dengan mahasiswa/i Islam.
7.7          Semua pasukan hendaklah mengikut peraturan yg ditetapkan oleh pihak pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.

8.0          PERLAWANAN
8.1   Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa  pengelola pertandingan.
8.2       Setiap pasukan dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari  masa yang dijadualkan
Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.
9.0  BANTAHAN
9.1     Sebarang bantahan hendaklah dibuat satu (1) jam selepas  perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak JOD20.00 secara bertulis.
9.2        Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
10.0       TATATERTIB/DISPLIN
10.1.      Sebarang kelakuan dari pemain atau penyokong dari mana –mana kontinjen yang melampau sehingga menggangu perlawanan, pasukan yang dari kontinjen terbabit akan dibatalkan serta merta dari perlawanan. Setiap kemenangan akan ditarikbalik tanpa sebarang tolak ansur
11.0       HADIAH
             11.1.       Hadiah-hadiah akan diberikan kepada kategori siswi:-
KATEGORI / PINGAT
SISWI
EMAS
1 (10)
PERAK
1 (10)
GANGSA
1 (10)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Syarat-syarat Pertandingan Bola Sepak KARISMA IV
1.0         PERATURAN AM
1.1        Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut  Undang-Undang Fédération Internationale de Football Association (FIFA)
1.2        Sekiranya berlaku perselisihan/persoalan dari pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

2.0         TARIKH
1hb dan 2hb April, 2011.
3.0         TEMPAT PERTANDINGAN
3.1             Pertandingan ini akan diadakan Stadium University Yarmouk serta Pusat Sukan Madinah Hassan Irbid
4.0         PENYERTAAN
4.1.         Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:-
 URUSETIA
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA MALAYSIA (KARISMA) Ke-4
Unit Atucara Program & Infrastruktur Sukan
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
Tel: +962779838948
Email: karismajordan@ymail.com

4.2.         Penyertaan Kontinjen adalah seperti:-
4.2.1.     PERMAI ( IRBID )
                4.2.2.     PPMA ( AMMAN )
                4.2.3.     PRISMA ( MAFRAQ )

4.2.4.     PERMATA ( MU’TAH )
4.3          Setiap kontinjen hanya dibenarkan menghantar  dua(2) pasukan
             Pasukan A              18  Orang (11+7 simpanan )
             Pasukan B              18  Orang (11 +7  simpanan )
             Jumlah                            36  Orang sahaja.

4.4.         Jumlah dalam setiap pasukan adalah termasuk seorang yang dikenali sebagai     PENGURUS atau KETUA yang boleh menjadi wakil untuk acara taklimat ringkas, perbincangan antara pasukan mahupun cabutan undi
4.5.        Setiap Pasukan hendaklah mengisikan borang yang telah disediakan dan dikembalikan selewat-lewatnya sebelum jam 10 malam 10hb Mac 2011 (Khamis)
5.0        MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
5.1.        Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan suatu masa  sebelum pertandingan acara Bola Sepak  dimulakan.
5.2.        Senarai nama yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

6.0          SENARAI PEMAIN-PEMAIN
6.1          Pengurus / Ketua Pasukan dikehendaki menyerahkan SATU (1) SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN dalam borang khas yang disediakan kepada Jawatankuasa pertandingan TIGA PULUH (30) MINIT sebelum perlawanan bermula beserta posisi setiap pemain
7.0.         PERATURAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN
7.1        Pertandingan dijalankan secara ‘ROUND ROBIN’ dalam dua (2) kumpulan
7.2          Di pertandingan secara liga kumpulan (Peringkat Awal).MATA akan diberikan  seperti berikut:-
7.2.1      Pasukan yang menang                                   3 mata
7.2.2      Pasukan yang seri                                            1 mata
7.2.3          Pasukan yang kalah                                         0 mata
7.2.4          Pasukan yang menarik diri                           0 mata

7.3     Permainan akan dijalankan selama 40 minit.20 minit pada separuh masa pertama dan 20 minit pada separuh masa kedua.
7.4   2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dalam kumpulan dikira pemenang dan sekiranya kiraan MATA adalah sama dalam pertandingan, maka pasukan yang mempunyai perbezaan bilangan gol dan bolos(goal difference) yang lebih tinggi akan dipilih.

8.0          PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR
8.1          2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dalam kumpulanmasing-masing adalah layak bermain dalam PERINGKAT SEPARUH AKHIR.
8.2          Pertandingan separuh akhir akan dimainkan secara KALAH SINGKIR.
9.0          PERTANDINGAN PENENTUAN TEMPAT KE-3 DAN KE-4
9.1          Pasukan yang tersingkir di peringkat separuh akhir akan bermain dalam penentuan tempat ke-3 dan ke-4
9.2          Permainan akan dijalankan selama 40 minit.20 minit pada separuh masa pertama   dan 20 minit pada separuh masa kedua.
9.3          Sekiranya masa tidak menigizinkan,penentuan akan dibuat melalui sepakan penalti.
10.0        PERTANDINGAN AKHIR
10.1        Pemenang-pemenang perlawanan SEPARUH AKHIR adalah layak bermain                        dalam Pertandingan Akhir untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.
10.2        Permainan akan dijalankan selama 60 minit.30 minit pada separuh masa pertama dan 30 minit pada separuh masa kedua.
Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, pengurus hendaklah menyerahkan senarai atau barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan kepada pengadil rasmi bertugas dengan mengunakan borang yang disediakan.
11.0       PERLAWANAN
11.1        Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan.
11.2        Setiap pasukan dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari masa yang dijadualkan
Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.
12.0  BANTAHAN

12.1     Sebarang bantahan hendaklah dibuat satu (1) jam selepas  perlawanan berkenaan tamat dengan    wang cagaran sebanyak JOD20.00 secara bertulis.
12.2  Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.

13.0       TATATERTIB/DISPLIN
13.1.      Sebarang kelakuan dari pemain atau penyokong dari mana –mana kontinjen yang melampau sehingga menggangu perlawanan. Pasukan yang dari kontinjen terbabit akan dibatalkan serta merta dari perlawanan. Setiap kemenangan akan ditarikbalik tanpa sebarang tolak ansur
14.0       HADIAH
14.1.       Hadiah-hadiah akan diberikan kepada kategori lelaki dan wanita:-
KATEGORI / PINGAT
SISWA
EMAS
1 (18)
PERAK
1 (18)
GANGSA
1 (18)
JUMLAH PINGAT
54


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Maklumat & Peraturan umum KARISMA IV


KARISMA IV
KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA
MAKLUMAT UMUM

Mantiqah                                            :
Ketua Kontinjen ( L )                           :
No. Telefon Ketua Kontinjen               :
Penolong Ketua Kontinjen ( P )           :
No. Telefon Pen Ketua Kontinjen        :
Jumlah Pemain Lelaki                         :
Jumlah Pemain Perempuan                :
Nota:

1.       Dokumen ini terdiri daripada :
-          Peraturan Umum KARISMA IV
-          Syarat-syarat Acara Pertandingan
-          Borang Pendaftaran Nama mengikut Acara
-          Senarai Nama Pengadil (setiap mantiqah)
2.       Peraturan sukan dan kehakiman KARISMA IV adalah mengikut peraturan seperti di bawah. Seandainya ada pertukaran, pihak penganjur akan maklumkan dari semasa ke semasa.
3.       Sila kembalikan borang pendaftaran namayang telah diisi kepada pihak penganjur selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Mac 2011bersamaan hari Khamis sebelum 10 malam.
4.       Sila gunakan huruf besar ketika mengisi borang ini.
5.       Penghantaran borang hendaklah melalui softcopy ke e-mail rasmi KARISMA IV iaitu karismajordan@ymail.com
6.       Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dirujuk kepada AJK bertugas :
Ashraf Marwan(+962779838948) atau Fifi Rafiza (+962779974163)

PERATURAN UMUM
KEJOHANAN SUKAN MAHASISWA SEJORDAN (KARISMA) KE-4
(KARISMA IV 2011) IRBID, JORDAN

1. PENGANJUR UTAMA
Education Malaysia Jordan (EMJ)
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)

2. JAWATANKUASA PENGANJUR
Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MPPMJ
Ahli Jawatankuasa Pelaksana KARISMA IV

3. PERATURAN UMUM KARISMA IV
3.1 KELAYAKAN PESERTA
3.1.1 Terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang menuntut di 4 empat zon berikut di Jordan
- Amman
- Irbid
- Mafraq
- Mutah
3.1.2 Terbuka kepada semua pegawai Kedutaan Besar Malaysia & Education Malaysia Jordan.

3.2 WARNA RUMAH KONTINJEN
3.2.1 Selaku pihak penganjur, kami telah menetapkan warna rumah bagi setiap kontinjen seperti berikut:

                - Amman             :               BIRU
                - Irbid                    :               KUNING
                - Mafraq              :               MERAH
                - Mutah                :               HIJAU

3.3 HAK KUASA JAWATANKUASA PENGANJUR
3.3.1 Jawatankuasa Penganjur BERHAK menjemput mana-mana peserta yang memenuhi syarat 3.1.1 dan 3.1.2
3.3.2 Jawatankuasa Penganjur BERHAK membatalkan penyertaan dan pengiraan mata/pingat kontinjen yang melanggar peraturan umum dan am serta syarat-syarat pertandingan ini.

3.4 OBJEKTIF KARISMA IV
3.4.1 Mengukuhkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa Malaysia dari pelbagai zon di Jordan
3.4.2 Membuka ruang seluas-luasnya untuk mahasiswa Malaysia mengetengahkan bakat dan potensi masing-masing di lapangan kesukanan.
3.4.3 Membentuk disiplin diri yang utuh ke dalam kehidupan melalui aspek kesukanan
3.4.4 Menerapkan elemen "kecergasan badan, kecerdasan minda" dalam setiap mahasiswa.

3.5 ACARA DIPERTANDINGKAN & PENENTUAN KEJUARAAN
3.5.1 Penganjuran KARISMA IV kali ini mempertandingkan 10 acara yang terdiri daripada acara individu mahupun berpasukan.
3.5.2 Acara tersebut adalah Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Ping Pong, Sepak Takraw, Olahraga, Boling, Catur & Darts.
3.5.3 Jumlah pingat yang ditawarkan kali ini ialah sebanyak 37 buah pingat.
3.5.4 Penentuan kejuaraan KARISMA edisi kali ini ialah mengikut jumlah kutipan EMAS terbanyak.
3.5.5 Seandainya berlaku terikat jumlah pungutan emas, maka jumlah pungutan perak yang akan dijadikan rujukan. Sekiranya masih berlaku terikat jumlah yang sama, maka pungutan gangsa yang akan jadi penentu kejuaraan.

3.6 URUSAN PINJAMAN PESERTA
3.6.1 Jawatankuasa Penganjur membenarkan urusan pinjaman peserta HANYA untuk kontinjen Amman dari baki 3 zon yang lain.
3.6.2 Segala urusan pinjaman peserta perlu melalui ketua kontinjen zon masing-masing dan perlulah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pelaksana KARISMA IV.

3.7 HAD ACARA KEMASUKAN PESERTA
3.7.1 Pihak Pelaksana KARISMA IV tidak meletakkan had penyertaan bagi peserta. Namun seandainya berlaku pertindihan, maka automatiknya perlu diganti dengan baki peserta simpanan yang ada dalam pasukan tersebut.
3.7.2 Pihak Pelaksana KARISMA IV tidak akan memberi toleransi untuk menunggu ketibaan peserta yang berlaku pertindihan acara melebihi dari masa penangguhan yang diberikan oleh urusetia setiap acara.

3.8 WAKIL PENGADIL SETIAP ZON
3.8.1 Bagi memastikan mutu pengandilan berjalan baik, kami memerlukan wakil dari setiap kontinjen untuk menjadi sebahagian dari orang bertanggungjawab dalam mengadili perlawanan sepanjang KARISMA IV
3.8.2 Kami memohon wakil tersebut diambil dari kalangan peserta yang mewakili zon tertentu bagi acara tersebut kerana lebih arif berkenaan peraturan perlawanan acara tersebut.
3.8.3 Senarai wakil pengadil setiap zon boleh diiisi pada lampiran SENARAI NAMA PENGADIL KARISMA IV

3.9 TATATERTIB / DISIPLIN PESERTA
3.9.1 Peserta diwajibkan dan diminta berkelakuan sopan sewaktu pertandingan dan dilarang menimbulkan ketegangan dan permusuhan antara satu sama lain.
3.9.2 Sewaktu pertandingan berjalan, penyokong DILARANG melakukan sebarang tindakan yang menimbulkan ketegangan dan permusuhan antara satu sama lain.
3.9.3 Seandainya berlaku perkara di atas oleh peserta mahupun penyokong kontinjen, maka Jawatankuasa Kehakiman & Bantahan BERHAK membatalkan perlawanan tersebut dan memberikan kemenangan kepada pihak lawan.

3.10 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SUKAN
3.10.1 Semua kontinjen dikehendaki mematuhi syarat-syarat pertandingan setiap acara yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan KARISMA IV
3.11.2 Sebarang bantahan dan ketidakpuashatian bolehlah dikemukakan mengikut saluran yang telah ditetapkan seperti perkara 3.11

3.11 JAWATANKUASA KEHAKIMAN & BANTAHAN
3.11.1 Jawatankuasa Kehakiman & Bantahan terdiri daripada:
- Timbalan Pengarah I & II KARISMA IV
- Ketua Pengadil ( Mengikut Acara )
- Pengadil Bertugas ( Mengikut Perlawanan )
3.11.2 Keputusan Jawatankuasa Kehakiman & Bantahan adalah MUKTAMAD.

Saturday, February 26, 2011

MAKSUD LOGO RASMI KARISMA IV

Logo Rasmi KARISMA IV di Irbid
  • Jutaan terima kasih kepada 2 orang pereka utama logo KARISMA IV iaitu Saudara Mohd Tarmizi bin Mohd Said (Pelajar Tahun Akhir Perubatan JUST) & Saudara Aiman Rosli (Pelajar Tahun 5 Perubatan JUST). Moga jasa anda diberkati olehNYA dan dipermudahkan urusan menggenggam sebuah ijazah di sini untuk kalian berdua.
  • Hakikatnya, logo asal KARISMA IV ini sudah lama direka. Rekaan asalnya pernah dicadangkan oleh Saudara Tarmizi seawal bulan Mei 2010 iaitu beberapa minggu selepas berakhirnya KARISMA 2010 D’ Mafraq. Beberapa bulan kemudian, logo tersebut diedit semula oleh Saudara Aiman Rosli dan akhirnya inilah hasilnya.
  • Secara ringkasnya, 4 warna utama menjadi penghias logo ini iaitu Merah, Biru, Hijau & Kuning. Warna tersebut mewakili warna kontinjen 4 zon di sini iaitu Amman, Irbid, Mafraq & Mutah.
  • Angka IV merupakan tulisan angka Roman Moden bermaksud huruf empat (4). Angka itu melambangkan edisi penganjuran KARISMA 2011 di Irbid ini.
  • Seterusnya, 4 orang yang saling berpegangan tangan itu membawa simbolik juara-juara dari empat zon yang bertanding pada kejohanan kali ini.
  • Terdapat bulatan hijau di tengah serta hiasan yang mengelilingi bulatan itu. Macam-macam tafsiran orang berikan. Ada yang kata seperti gasing dan ada yang merasakan seperti tanglong. Sebenarnya, ia memberi lambang sebuah matahari.
  • Matahari diciptakan Allah menerangi seluruh planet dan semesta di Sistem Solar ini. Cukup sempurna sifatnya - berputar pada paksinya tanpa melanggari aturannya, menerangi segenap ruang tanpa lari dari masanya walaupun sesaat dan pelbagai lagi peranannya. Disebabkan kualitinya yang cukup sempurna ini, maka kami jadikan matahari sebagai simbolik kualiti juara yang kami harapkan semua peserta dapat contohi.
  • Terakhir sekali, hiasan sekeliling bulatan hijau itu terdiri daripada 3 lapisan. Jumlah hiasan bagi lapisan terluar dan di tengah ialah sebanyak 38 melambangkan jumlah pingat yang ditawarkan untuk edisi kali ini.
Semua hiasan tersebut dilingkungi dalam satu bulatan melambangkan semua komponen memainkan peranan untuk kejohanan ini dan merupakan inspirasi bersama.


KARISMA IV : KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA

PERATURAN UMUM DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KARISMA IV

 



Assalamualaikum kepada bakal peserta KARISMA IV.


Di sini, disertakan link dokumen untuk dimuat turun oleh ketua dan timbalan ketua kontinjen setiap mantiqah masing-masing untuk di isi.

Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan ialah :
10 MAC 2011 sebelum jam 10 malam

Emailkan kepada : 

karismajordan@ymail.com

Sila klik di sini

KARISMA IV : KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA

VIDEO PROMO 1 KARISMA IV .

Mari kita saksikan video promosi KARISMA IV.



KARISMA IV
KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA
 IRBID 2011