salam,
kepada semua peserta,
bolehlah mengisi borang mohasabah melalui spreadsheet ini.
sila klik di sini
terima kasih atas kerjasama anda.
kami memohon maaf sekiranya terdapat bnyk kelemahan dalam menguruskan temasya sukan kali ini.


Monday, April 4, 2011
Saturday, April 2, 2011
keputusan AKHIR KARISMA IV.
berikut adalah keputusan akhir bagi KARISMA IV IRBID 2011.
alhamdulillah, juara KARISMA pada tahun ini
ADALAH
MAFRAQ berjaya mendapat tempat kedua.
dan MU'TAH tempat ketiga.
tahniah kepada semua pemenang!!
terima kasih diucapkan!!
segala kekurangan dan kelemahan dapat diberi tahu melalui spreadsheet yg diberikan melalaui fb.
segala kenangan manis dan ukhwah dapat dikenag sampai ke akhirnya.
terima kasih diucapkan daripada pihak penganjur!!
"kualiti JUARA inspirasi BERSAMA"
alhamdulillah, juara KARISMA pada tahun ini
ADALAH
IRBID selaku tuan rumah!!
MAFRAQ berjaya mendapat tempat kedua.
dan MU'TAH tempat ketiga.
berikut adalah perician pungutan pingat bagi KARISMA tahun ini.
Mantiqah | EMAS | PERAK | GANGSA |
IRBID | 28 | 14 | 12 |
MU’TAH | 3 | 12 | 9 |
MAFRAQ | 6 | 10 | 9 |
AMMAN | - | 1 | 7 |
tahniah kepada semua pemenang!!
terima kasih diucapkan!!
segala kekurangan dan kelemahan dapat diberi tahu melalui spreadsheet yg diberikan melalaui fb.
segala kenangan manis dan ukhwah dapat dikenag sampai ke akhirnya.
terima kasih diucapkan daripada pihak penganjur!!
"kualiti JUARA inspirasi BERSAMA"
Friday, April 1, 2011
Perincian pungutan pingat KARISMA IV (YG TERKINI)
PUNGUTAN PINGAT 30 DARIPADA 37 PINGAT EMAS YG DIPERTANDINGKAN.
Mantiqah | EMAS | PERAK | GANGSA |
IRBID | 23 | 11 | 8 |
MU’TAH | 2 | 8 | 8 |
MAFRAQ | 5 | 10 | 8 |
AMMAN | - | 1 | 6 |
SISWA
Sepak takraw emas : mu’tah perak: irbid gangsa: irbid badminton emas: irbid perak: mafraq gangsa: mu’tah |
Pingpong emas: irbid perak: mu’tah gangsa: mafraq |
Darts emas: mafraq perak: mu’tah gangsa: irbid |
Olahraga 100m emas: irbid perak: amman gangsa: mafraq 200m emas: irbid perak: irbid gangsa: mutah 400m emas: irbid perak: mafraq gangsa: mafraq 4x100m emas: irbid perak: mafraq gangsa: mu’tah 4x400m emas: irbid perak: mafraq gangsa: mu’tah 1500m emas: irbid perak: mu’tah gangsa: irbid lompat jauh emas: irbid perak: irbid gangsa: mu’tah |
Bowling Kumpulan emas: irbid perak: mu’tah gangsa: amman trio emas: irbid perak: mu’tah gangsa: amman duo emas: irbid perak: mu’tah gangsa: amman single emas: irbid perak: irbid gangsa: irbid |
SISWI
badminton emas: irbid perak: mu’tah gangsa: mafraq |
Pingpong emas: irbid perak: mafraq gangsa: mu’tah |
Darts emas: mu’tah perak: irbid gangsa: mafraq |
Catur emas: irbid perak: mu’tah gangsa: mafraq |
Bowling Kumpulan emas: irbid perak: mafraq gangsa: amman trio emas: irbid perak: mafraq gangsa: amman duo emas: irbid perak: mafraq gangsa: amman single emas: irbid perak: irbid gangsa: irbid |
Olahraga 100m emas: irbid perak: mafraq gangsa: mafraq 200m emas: irbid perak: mafraq gangsa: irbid 400m emas: mafraq perak: irbid gangsa: irbid 4x100m emas: mafraq perak: irbid gangsa: mu’tah 4x400m emas: mafraq perak: irbid gangsa: mu’tah 1500m emas: mafraq perak: irbid gangsa: irbid lompat jauh emas: irbid perak: irbid gangsa: mafraq |
BERITA GEMBIRA!!!
BERITA GEMBIRA!!!
KEPADA SEMUA PEMINAT BOLA SEPAK YANG INGIN MENYAKSIKAN PERLAWANAN AKHIR DAN PENENTUAN TEMPAT KE-3 DAN KE-4,PIALA DUTA,KARISMA IV.
BAS PENYOKONG AKAN DISEDIAKAN ESOK,JAM 7.00 PAGI DI HADAPAN PASARAYA SIMSIMA.BAYARAN 1 JD SEORANG.TEMPAT HANYA TERHAD UNTUK 50 ORANG TERAWAL SAHAJA
SAMA-SAMA KITA MERIAHKAN!
LAGU RASMI KARISMA
Lirik lagu dan komposer : Ilham Elani Jamal
Lirik,
Kusaksikan masa berganti masa
dari tanah gersang terus ke angkasa
menghitung mimpi yang bermain di minda
mungkinkah dapat kurasakan semua
Debaran di hati kian ku terasa
daripada "empat" nadi yang berbeza
namun masih mengejar mimpi yang sama
kini tiba masa kita bersemuka
CHORUS
Kugengam tanganku dengan sepenuh daya
bersama jiwa dan semangat waja
bersatu tenaga mengejar satu juara
Di sini bermula....impian yang nyata
segala mimpi pastikan kurasa
dengan satu "nama" mari kita buktikannya
BRIDGE
Masih bersama hadapi segala
suka dan duka, bukan penghalangnya
Ulang*
KARISMA.....
Thursday, March 31, 2011
MAJLIS PEMBUKAAN KARISMA IV
[ KHAMIS 31 MAC 2011 : DEWAN AL-KINDI, UNI. YARMOUK ]
Perasmian Permbukaan oleh:
Tuan Haji Sulaiman Bin Ismail
Pengarah Malaysia Education Jordan
Tentatif Majlis Perasmian Karisma IV
7.30 malam Pendaftaran Peserta di Perkarangan Dewan
8.30 malam Ketibaan Tetamu & Peserta
8.35 malam Majlis Bermula
8.40 malam Bacaan Asma Ul Husna dan Nyanyian Lagu Negaraku
8.55 malam Ucapan Pengarah Urusan KARISMA IV
9.00 malam Ucapan Presiden PERMAI
9.05 malam Ucapan Perasmian Pembukaan KARISMA IV oleh
Pengarah Education Malaysia Jordan ( EMJ )
9.15 malam Gimik Perasmian KARISMA IV
9.20 malam Persembahan Multimedia
9.30 malam Bacaan Ikrar Peserta-peserta KARISMA IV
9.45 malam Pemberian Cenderahati kepada Perasmi KARISMA IV
9.50 malam Bacaan Doa, Penutup & VIP meninggalkan dewan
9.55 malam Taklimat Ringkas Program ( untuk semua peserta )
HIGHLIGHTS:
1) PERSEMBAHAN PERTAMA LAGU TEMA KARISMA SECARA LANGSUNG
2) PENDAFTARAN DAN KEHADIRAN PESERTA DIWAJIBKAN
3) TAKLIMAT RINGKAS PESERTA
4) ETIKA PEMAKAIAN ADALAH BEBAS (FORMAL)
5) KEHADIRAN DI DEWAN HENDAKLAH TEPAT PADA WAKTUNYA: 730PM
" KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA "
Wednesday, March 30, 2011
PETA DAN JADUAL KARISMA
Pihak kami mengucapkan selamat datang ke Irbid
majulah KARISMA IV!
"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"
jom tengok tempat-tempat pertandingan (PART 3)
jom tengok tempat-tempat pertandingan (PART 2)
jom tengok tempat-tempat pertandingan (PART 1)
Tuesday, March 29, 2011
MEGATENTATIF BARU KARISMA IV (SISWA)
PERUBAHAN MEGATENTATIF KARISMA IV (SISWA)
"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"
BERSEDIAKAH ANDA?
menghitung hari..
semangat membara..
membawa satu misi..
kilauan emas menjadi taruhan
KARISMA IV
AYUH, KITA BERTARUNG!
Monday, March 28, 2011
MEGATENTATIF BARU KARISMA IV (SISWI)
UNTUK ACARA SUKAN LAIN TIADA PERUBAHAN.
"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"
PENGUMUMAN PENTING BUAT SEMUA PESERTA KARISMA!
Pengumuman ini ditujukan buat semua peserta karisma dari semua mantiqah iaitu irbid, mafraq, mu'tah dan amman.
Pendaftaran peserta pertandingan akan dibuat pada majlis perasmian. Oleh itu, semua peserta diwajibkan untuk hadir pada malam tersebut.
Kegagalan untuk menghadiri dan mendaftar pada malam itu, akan dibatalkan penyertaan dalam pertandingan tersebut.
Sila ambil perhatian kepada semua ketua kontijen dan penolong ketua.
"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"
Pendaftaran peserta pertandingan akan dibuat pada majlis perasmian. Oleh itu, semua peserta diwajibkan untuk hadir pada malam tersebut.
Kegagalan untuk menghadiri dan mendaftar pada malam itu, akan dibatalkan penyertaan dalam pertandingan tersebut.
Sila ambil perhatian kepada semua ketua kontijen dan penolong ketua.
"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"
SELAMAT DATANG ke KARISMA kali ke-IV!!
Assalamualaikum wbt..
Sukacitanya, kami selaku AJK pelaksana KARISMA IV mengalu-alukan kehadiran semua peserta KARISMA kali ke-IV. Sedikit makluman tentang PERATURAN-PERATURAN yang perlu dipatuhi oleh SEMUA peserta:
PENEMPATAN dan KEBAJIKAN PESERTA:
Semua peserta akan ditempatkan di rumah-rumah yg telah ditetapkan oleh AJK pelaksana program. Para peserta DIWAJIBKAN untuk menginap di penempatan tersebut sepanjang KARISMA IV berlangsung. Peserta diminta untuk membawa keperluan-keperluan seperti:-
- keperluan peribadi
- selimut
- bantal (optional)
- ubat-ubatan jika perlu
KESELAMATAN:
Para peserta KARISMA IV adalah tertakluk di bawah peraturan Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI). Waktu qarar yang telah ditetapkan oleh AJK pelaksana prgrm adalah pada jam 9 malam. Anda TIDAK digalakkan keluar selepas waktu qarar sekiranya tiada urusan yg mendesak. Peserta diingatkan supaya tidak berjalan berseorangan. Sila gunakan khidmat murokib pada waktu malam atau waktu-waktu yg dirasakn kurang selamat.
PERHUBUNGAN:
Para peserta dinasihatkan utk bersedia di tempat berkumpul 10 minit awal untuk memudahkan pengangkutan ke lokasi dan mengelakkan sebarang kelewatan.
*makluman kpd Ketua dan Timbalan Kontijen stp mantiqah, diharapkan supaya dapat tiba awal di Irbid (cdgn: antara asar ke maghrib) pada Jumaat (31 Mac 2011) kerana Majlis Perasmian akan bermula pada jam 7.30 malam.
Segala kerjasama anda kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.
"Kualiti Juara Inspirasi Bersama"
Sunday, March 20, 2011
Wednesday, March 16, 2011
garis panduan bagi perarakan penutup KARISMA IV
GARIS PANDUAN PERSEDIAAN KUMPULAN PERARAKAN BAGI SETIAP MANTIQAH
Berikut adalah butiran lanjut :


Setiap Mantiqah diwajibkan menyediakan 26 orang ahli kontijen yang terdiri daripada:
Ketua Kontijen
Timbalan Ketua Kontijen
12 orang Peserta Siswa
12 orang peserta Siswi

Setiap kontijen diwajibkan menggunakan warna mantiqah masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia
Persediaan seperti prop kontijen hendaklah disediakan sendiri oleh pihak kontijen masing-masing
Perarakan kontijen akan dinilai pada majlis penutup dan kontijen terbaik akan diumumkan sebagai pemenang semasa majlis berlangsung.
Kriteria Markah adalah seperti berikut:
Disiplin -20
Kerjasama -20
Keseragaman Pakaian -20
Lintas Hormat Kawad/Kreativiti -20
Maskot/Bendera -20
Jumlah 100
Permarkahan diambil kira dari tempat mula gerakan sehingga kontinjen mengambil tempat di tengah dewan.
Keputusan pengadil adalah muktamad
Susun atur pergerakan kontijen akan ditentukan oleh pihak urusetia dan akan dimaklumkan melalui taklimat ringkas kepada semua ketua dan timbalan kontijen.
Pastikan semua ahli kontijen mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti ketetapan masa,tempat berkumpul dan kaedah pergerakan.
Sebarang masalah,pertanyaan dan sebagainya bolehlah merujuk terus kepada Sdr. Muhammad Amirul Kamal bin Azih (0776441628) atau Sdri Nur Fareyhin bt Md. Halim (0779170691) selaku biro Majlis Perasmian dan Penutup Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) 2011
Disediakan Oleh
Biro Majlis Perasmian & Penutup
Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)