Monday, March 28, 2011

MEGATENTATIF BARU KARISMA IV (SISWI)





UNTUK ACARA SUKAN LAIN TIADA PERUBAHAN.

"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"


PENGUMUMAN PENTING BUAT SEMUA PESERTA KARISMA!

Pengumuman ini ditujukan buat semua peserta karisma dari semua mantiqah iaitu irbid, mafraq, mu'tah dan amman.


Pendaftaran peserta pertandingan akan dibuat pada majlis perasmian. Oleh itu, semua peserta diwajibkan untuk hadir pada malam tersebut.


Kegagalan untuk menghadiri dan mendaftar pada malam itu, akan dibatalkan penyertaan dalam pertandingan tersebut.


Sila ambil perhatian kepada semua ketua kontijen dan penolong ketua.


"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"

SELAMAT DATANG ke KARISMA kali ke-IV!!

Assalamualaikum wbt..
Sukacitanya, kami selaku AJK pelaksana KARISMA IV mengalu-alukan kehadiran semua peserta KARISMA kali ke-IV. Sedikit makluman tentang PERATURAN-PERATURAN yang perlu dipatuhi oleh SEMUA peserta: 

PENEMPATAN dan KEBAJIKAN PESERTA:

Semua peserta akan ditempatkan di rumah-rumah yg telah ditetapkan oleh AJK pelaksana program. Para peserta DIWAJIBKAN untuk menginap di penempatan tersebut sepanjang KARISMA IV berlangsung. Peserta diminta untuk membawa keperluan-keperluan seperti:-
  • keperluan peribadi
  • selimut
  • bantal (optional)
  • ubat-ubatan jika perlu

KESELAMATAN:

Para peserta KARISMA IV adalah tertakluk di bawah peraturan Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI). Waktu qarar yang telah ditetapkan oleh AJK pelaksana prgrm adalah pada jam 9 malam. Anda TIDAK digalakkan keluar selepas waktu qarar sekiranya tiada urusan yg mendesak. Peserta diingatkan supaya tidak berjalan berseorangan. Sila gunakan khidmat murokib pada waktu malam atau waktu-waktu yg dirasakn kurang selamat.

PERHUBUNGAN:

Para peserta dinasihatkan utk bersedia di tempat berkumpul 10 minit awal untuk memudahkan pengangkutan ke lokasi dan mengelakkan sebarang kelewatan.

*makluman kpd Ketua dan Timbalan Kontijen stp mantiqah, diharapkan supaya dapat tiba awal di Irbid (cdgn: antara asar ke maghrib) pada Jumaat (31 Mac 2011) kerana Majlis Perasmian akan bermula pada jam 7.30 malam.

Segala kerjasama anda kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.


"Kualiti Juara Inspirasi Bersama"