Thursday, March 31, 2011

Poster Majlis Perasmian KARISMA


" KUALITI  JUARA  INSPIRASI  BERSAMA "

PETA PETEMPATAN DAN PERLAWANAN KARISMA




PIALA REBUTAN KARISMA!






MILIK SIAPAKAH PIALA INI??
MANTIQAH MANAKAH?
IRBID SELAKU TUAN RUMAH?
ATAU
MU'TAH SEBAGAI JUARA TAHUN LEPAS?
ATAU
MAFRAQ YANG DILIHAT SEBAGAI MANTIQAH YANG MELONJAK NAIK?
ATAU
MUNGKIN AMMAN YANG BAKAL MEMBUAT KEJUTAN??

Sama-sama kita saksikan kehebatan atlit-atlit jordan beraksi!!

MAJLIS PEMBUKAAN KARISMA IV



[ KHAMIS 31 MAC 2011 : DEWAN AL-KINDI, UNI. YARMOUK ]

Perasmian Permbukaan oleh:

Tuan Haji Sulaiman Bin Ismail
Pengarah Malaysia Education Jordan


Tentatif Majlis Perasmian Karisma IV
7.30 malam      Pendaftaran Peserta di Perkarangan Dewan
8.30 malam      Ketibaan Tetamu & Peserta
8.35 malam      Majlis Bermula
8.40 malam      Bacaan Asma Ul Husna dan Nyanyian Lagu Negaraku
8.55 malam      Ucapan Pengarah Urusan KARISMA IV
9.00 malam      Ucapan Presiden PERMAI
9.05 malam      Ucapan Perasmian Pembukaan KARISMA IV oleh
                        Pengarah Education Malaysia Jordan ( EMJ )
9.15 malam     Gimik Perasmian KARISMA IV
9.20 malam     Persembahan Multimedia
9.30 malam     Bacaan Ikrar Peserta-peserta KARISMA IV
9.45 malam     Pemberian Cenderahati kepada Perasmi KARISMA IV
9.50 malam     Bacaan Doa, Penutup & VIP meninggalkan dewan
9.55 malam     Taklimat Ringkas Program ( untuk semua peserta )



HIGHLIGHTS:

1) PERSEMBAHAN PERTAMA LAGU TEMA KARISMA SECARA LANGSUNG

2) PENDAFTARAN DAN KEHADIRAN PESERTA DIWAJIBKAN

3) TAKLIMAT RINGKAS PESERTA

4) ETIKA PEMAKAIAN ADALAH BEBAS (FORMAL)

5) KEHADIRAN DI DEWAN HENDAKLAH TEPAT PADA WAKTUNYA: 730PM



" KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA "

Wednesday, March 30, 2011

PETA DAN JADUAL KARISMA

MEGATENTATIF BARU KARISMA IV (SISWI)

MAAF ADA KESILAPAN TEKNIKAL PADA MEGATENTATIF DARTS.



jom tengok tempat-tempat pertandingan (PART 3)






GYMNASIUM MADINAH HASSAN




Dewan UniversityYarmouk


Inilah antara tempat yang bakal menyaksikan pertarungan sengit antara empat mantiqah..
kami mengalu-alukan kedatangan anda di Irbid..
Majlis Perasmian, kejutan menanti anda!


jom tengok tempat-tempat pertandingan (PART 2)


 stadium JUST :
bola sepak dan olahraga




pertandingan dart (1)
pertandingan dart (2)





















 
bowling




jom tengok tempat-tempat pertandingan (PART 1)





 
BOLA SEPAK : MAL’AB NADI HUSSIN RIYADI dan MAL'AB BALADI

Tuesday, March 29, 2011

MEGATENTATIF BARU KARISMA IV (SISWA)


PERUBAHAN MEGATENTATIF KARISMA IV (SISWA)







"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"

MEGATENTATIF BARU KARISMA IV (SISWI)

PERTAMBAHAN UNTUK DARTS.


"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"

BERSEDIAKAH ANDA?


menghitung hari..
semangat membara..
membawa satu misi..
kilauan emas menjadi taruhan

KARISMA IV
AYUH, KITA BERTARUNG!




Monday, March 28, 2011

MEGATENTATIF BARU KARISMA IV (SISWI)





UNTUK ACARA SUKAN LAIN TIADA PERUBAHAN.

"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"


PENGUMUMAN PENTING BUAT SEMUA PESERTA KARISMA!

Pengumuman ini ditujukan buat semua peserta karisma dari semua mantiqah iaitu irbid, mafraq, mu'tah dan amman.


Pendaftaran peserta pertandingan akan dibuat pada majlis perasmian. Oleh itu, semua peserta diwajibkan untuk hadir pada malam tersebut.


Kegagalan untuk menghadiri dan mendaftar pada malam itu, akan dibatalkan penyertaan dalam pertandingan tersebut.


Sila ambil perhatian kepada semua ketua kontijen dan penolong ketua.


"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"

SELAMAT DATANG ke KARISMA kali ke-IV!!

Assalamualaikum wbt..
Sukacitanya, kami selaku AJK pelaksana KARISMA IV mengalu-alukan kehadiran semua peserta KARISMA kali ke-IV. Sedikit makluman tentang PERATURAN-PERATURAN yang perlu dipatuhi oleh SEMUA peserta: 

PENEMPATAN dan KEBAJIKAN PESERTA:

Semua peserta akan ditempatkan di rumah-rumah yg telah ditetapkan oleh AJK pelaksana program. Para peserta DIWAJIBKAN untuk menginap di penempatan tersebut sepanjang KARISMA IV berlangsung. Peserta diminta untuk membawa keperluan-keperluan seperti:-
  • keperluan peribadi
  • selimut
  • bantal (optional)
  • ubat-ubatan jika perlu

KESELAMATAN:

Para peserta KARISMA IV adalah tertakluk di bawah peraturan Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI). Waktu qarar yang telah ditetapkan oleh AJK pelaksana prgrm adalah pada jam 9 malam. Anda TIDAK digalakkan keluar selepas waktu qarar sekiranya tiada urusan yg mendesak. Peserta diingatkan supaya tidak berjalan berseorangan. Sila gunakan khidmat murokib pada waktu malam atau waktu-waktu yg dirasakn kurang selamat.

PERHUBUNGAN:

Para peserta dinasihatkan utk bersedia di tempat berkumpul 10 minit awal untuk memudahkan pengangkutan ke lokasi dan mengelakkan sebarang kelewatan.

*makluman kpd Ketua dan Timbalan Kontijen stp mantiqah, diharapkan supaya dapat tiba awal di Irbid (cdgn: antara asar ke maghrib) pada Jumaat (31 Mac 2011) kerana Majlis Perasmian akan bermula pada jam 7.30 malam.

Segala kerjasama anda kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.


"Kualiti Juara Inspirasi Bersama"

Sunday, March 20, 2011

SERLAH BAKAT, KAMI MENCARI JUARA!


Sepuluh Permainan,
Empat Mantiqah,
Satu Juara!

EMPAT MANTIQAH BAKAL BERENTAP


SIAPAKAH BAKAL BERGELAR JUARA UNTUK KARNIVAL SUKAN MAHASISWA (KARISMA) TAHUN INI?

11 HARI LAGI MENGALUNG PINGAT : KARISMA IV!!!




"KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA"

11 hari lagi, mampukah anda??


Wednesday, March 16, 2011

garis panduan bagi perarakan penutup KARISMA IV

GARIS PANDUAN PERSEDIAAN KUMPULAN PERARAKAN BAGI SETIAP MANTIQAH

Berikut adalah butiran lanjut :
197212_10150133881053265_632948264_6414062_2550336_n.jpghttp://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/197212_10150133881053265_632948264_6414062_2550336_n.jpg
Setiap Mantiqah diwajibkan menyediakan  26 orang ahli kontijen yang terdiri daripada:
Ketua Kontijen
Timbalan Ketua Kontijen
12 orang Peserta Siswa
12 orang peserta Siswi
Setiap kontijen diwajibkan menggunakan warna mantiqah masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia

Persediaan seperti prop kontijen hendaklah disediakan sendiri oleh pihak kontijen masing-masing

Perarakan kontijen akan dinilai pada majlis penutup dan kontijen terbaik akan diumumkan  sebagai pemenang semasa majlis berlangsung.

Kriteria Markah adalah seperti berikut:
Disiplin -20
Kerjasama  -20
Keseragaman Pakaian -20
Lintas Hormat Kawad/Kreativiti -20
Maskot/Bendera -20
Jumlah 100
Permarkahan diambil kira dari tempat mula gerakan sehingga kontinjen mengambil tempat di tengah  dewan.

Keputusan pengadil adalah muktamad

Susun atur pergerakan kontijen akan ditentukan oleh pihak urusetia dan akan dimaklumkan melalui taklimat ringkas kepada semua ketua dan timbalan kontijen.

Pastikan semua ahli kontijen  mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti ketetapan masa,tempat berkumpul dan kaedah pergerakan.

Sebarang masalah,pertanyaan dan sebagainya bolehlah merujuk terus kepada Sdr. Muhammad Amirul Kamal bin Azih (0776441628) atau Sdri Nur Fareyhin bt Md. Halim (0779170691) selaku  biro Majlis Perasmian dan Penutup Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) 2011


Disediakan Oleh
Biro Majlis Perasmian  & Penutup
Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) 2011

Pengumuman PENTING

salam.

kepada semua peserta KARISMA IV, secara rasminya yuran dikenakan ke atas setiap pemain yg ingin menyertai KARISMA 2011.

yuran yg dikenakan adalah JD5 setiap PEMAIN
dan tanggungan pengangkutan seperti tahun-tahun sebelum ini, berdasarkan mantiqah masing-masing.

hal ini adalah utk menanggung kos awal KARISMA kerana duit peruntukan daripada penaja akan diberi selepas KARISMA berlangsung.

kerjasama anda amatlah diharapkan.
terima kasih

KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA.

Tuesday, March 15, 2011

Ketua dan Penolong Kontijen setiap mantiqah

MUTAH:

Ketua Kontijen
ABDUL HANNAN BIN ABDUL RAHMAN
FIQH WA USUL,SYARIAH,UNIVERSITI MU'TAH

Pen Ketua Kontijen
BAZILAH BINTI AHMAD ZAKI
BAHASA ARAB,ADAB, UNIVERSITI MU'TAH



AMMAN:

Ketua Kontijen
SYED UBAIDAH WAFA BIN SYED HASYIM WAFFA
MARKAZ LUGHAH, UNIVERSITY OF JORDAN

Pen Ketua Kontijen
NURAZILAH BINTI AB HALIM
FIQH WA USULUH,SYARIAH, UNIVERSITY OF JORDAN


MAFRAQ:

Ketua Kontijen
MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL RAHIM
USUL FIQH, SYARIAH,UNIVERSITY AL AL-BAYT

Pen Ketua Kontijen
NUR SAFARAH BINTI ABDUL RAHIM
BAHASA ARAB, ADAB, UNIVERSITY AL AL-BAYT


IRBID :

Ketua Kontijen
MOHAMMAD HUSAINI BIN AZIZAN
PERUBATAN, JUST

Pen Ketua Kontijen
AINUL ARINA MADHIAH BT MOHD NOOR
PERUBATAN, JUST

Sunday, March 13, 2011

PERTUKARAN VENUE UNTUK SISWA

SALAM. PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA SISWA KARISMA 1V 2011. PERTUKARAN VENUE ACARA SEPERTI BERIKUT :


BOLA SEPAK:

OLAHRAGA: : STADIUM JUST

Thursday, March 10, 2011

VIDEO PROMO KARISMA IV



SBB VIDEO PROMO.JAUH DARI MU'TAH.SELAMAT MENONTON.

Saturday, March 5, 2011

Sejarah KARISMA

KARISMA adalah satu program yang diasaskan oleh MPPMJ sebagai medan untuk mahasiswa seluruh Jordan berhimpun mempamerkan bakat masing-masing dalam bidang sukan selain merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

KARISMA merupakan program tahunan MPPMJ yang telah diletakkan di bawah Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MPPMJ.

KARISMA pertama kali dilangsung dan diperkenalkan pada tahun 2008 dan telah memilih Irbid sebagai tuan rumah untuk program yang julung-julung kalinya ini. 4 mantiqah akan bertanding di dalam KARISMA [ Amman - Irbid - Mafraq - Mu'tah ].

KARISMA 2009 diadakan di mantiqah Mu’tah. Manakala KARISMA 2010 pula telah menjadikan mantiqah Mafraq sebagai tuan rumah. Dan kini mantiqah Irbid sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi program yang berprestij ini. Bak kata pepatah “ sireh pulang ke gagang “.

KARISMA pada awalnya adalah singkatan kepada Karnival Sukan, Akademik dan Budaya. Dan untuk KARISMA yang kedua sehingga kini, ia adalah singkatan kepada Karnival Sukan Mahasiswa se-Jordan.

KARISMA 2008 merupakan KARISMA yang paling banyak mempertandingkan acara kerana ia telah menggabungkan 3 aspek utama [ sukan-akademik-budaya ].
  • Sukan : bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, ping pong , tarik tali, catur dan olahraga ( 100m, 200m, 400m, 4x100m, 4x200m, 4x400m, 1500m, lompat jauh dan lompat tinggi ).
  • Akademik : pidato bahasa arab, pidato bahasa inggeris, kuiz pengetahuan am, tilawah al-Quran dan hafazan ( juz amma, juz 1-5, juz 1-10 ).
  • Budaya : melukis poster, deklamasi sajak, nasyid dan penulisan khat.

KARISMA 2009 yang diadakan di Mu’tah merupakan KARISMA yang mempertandingkan acara yang paling sedikit. Hal ini kerana akademik dan kebudayaan telah diasingkan dan dibawa ke program MEKAR ( Mesyuarat Agung Tahunan MPPMJ dan Karnival Akademik & Kebudayaan ).

• Antara acara yang telah dipertandingkan pada KARISMA 2009 adalah bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton dan ping pong.

KARISMA 2010 yang telah menjadikan Mafraq sebagai tuan rumah pula telah mempertandingkan acara bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, ping pong dan olahraga ( 100m, 200m, 400m, 4x100m dan 4x400m ).

• Berikut merupakan tarikh-tarikh KARISMA sejak awal perlaksanaanya : -
KARISMA 2008 : 1-3 Mei 2008
KARISMA 2009 : 30 April, 1-2 Mei 2009
KARISMA 2010 : 29-30 April, 1 Mei 2010
KARISMA IV : 31 Mac, 1-2 April 2011

KARISMA 2008 telah mencatatkan Irbid sebagai juara keseluruhan. Dan sekali lagi Irbid dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada KARISMA 2009. Namun KARISMA 2010 telah menjatuhkan Irbid ke tempat kedua dan mengangkat Mu’tah sebagai juara keseluruhan.

KARISMA IV akan menggunakan sistem pemarkahan mengikut sistem medal iaitu mengikut jumlah kutipan EMAS terbanyak.

• Antara acara yang dipertandingkan untuk KARISMA IV kali ini adalah : bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, ping pong, tarik tali, catur dan olahraga. Dan KARISMA IV telah memperkenalkan 3 lagi acara baru iaitu sepak takraw, dart dan tenpin boling.

Friday, March 4, 2011

VIDEO PROMO II



KARISMA IV Promotion Video from Abu Malik Studio on Vimeo.

" KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA "

credit to : abu malik studio 

Wednesday, March 2, 2011

Contoh jadual perlawanan & borang skor

Diminta untuk ketua unit sukan setiap zon mengambil berat perkara yang terkandung didalam link ini... sebagai pemudahh cara  serta memberi gambaran awal mengenai sistem permainan sukan yang akan dijalankan...

Contoh jadual perlawanan & skor mata