Saturday, March 5, 2011

Sejarah KARISMA

KARISMA adalah satu program yang diasaskan oleh MPPMJ sebagai medan untuk mahasiswa seluruh Jordan berhimpun mempamerkan bakat masing-masing dalam bidang sukan selain merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

KARISMA merupakan program tahunan MPPMJ yang telah diletakkan di bawah Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MPPMJ.

KARISMA pertama kali dilangsung dan diperkenalkan pada tahun 2008 dan telah memilih Irbid sebagai tuan rumah untuk program yang julung-julung kalinya ini. 4 mantiqah akan bertanding di dalam KARISMA [ Amman - Irbid - Mafraq - Mu'tah ].

KARISMA 2009 diadakan di mantiqah Mu’tah. Manakala KARISMA 2010 pula telah menjadikan mantiqah Mafraq sebagai tuan rumah. Dan kini mantiqah Irbid sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi program yang berprestij ini. Bak kata pepatah “ sireh pulang ke gagang “.

KARISMA pada awalnya adalah singkatan kepada Karnival Sukan, Akademik dan Budaya. Dan untuk KARISMA yang kedua sehingga kini, ia adalah singkatan kepada Karnival Sukan Mahasiswa se-Jordan.

KARISMA 2008 merupakan KARISMA yang paling banyak mempertandingkan acara kerana ia telah menggabungkan 3 aspek utama [ sukan-akademik-budaya ].
  • Sukan : bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, ping pong , tarik tali, catur dan olahraga ( 100m, 200m, 400m, 4x100m, 4x200m, 4x400m, 1500m, lompat jauh dan lompat tinggi ).
  • Akademik : pidato bahasa arab, pidato bahasa inggeris, kuiz pengetahuan am, tilawah al-Quran dan hafazan ( juz amma, juz 1-5, juz 1-10 ).
  • Budaya : melukis poster, deklamasi sajak, nasyid dan penulisan khat.

KARISMA 2009 yang diadakan di Mu’tah merupakan KARISMA yang mempertandingkan acara yang paling sedikit. Hal ini kerana akademik dan kebudayaan telah diasingkan dan dibawa ke program MEKAR ( Mesyuarat Agung Tahunan MPPMJ dan Karnival Akademik & Kebudayaan ).

• Antara acara yang telah dipertandingkan pada KARISMA 2009 adalah bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton dan ping pong.

KARISMA 2010 yang telah menjadikan Mafraq sebagai tuan rumah pula telah mempertandingkan acara bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, ping pong dan olahraga ( 100m, 200m, 400m, 4x100m dan 4x400m ).

• Berikut merupakan tarikh-tarikh KARISMA sejak awal perlaksanaanya : -
KARISMA 2008 : 1-3 Mei 2008
KARISMA 2009 : 30 April, 1-2 Mei 2009
KARISMA 2010 : 29-30 April, 1 Mei 2010
KARISMA IV : 31 Mac, 1-2 April 2011

KARISMA 2008 telah mencatatkan Irbid sebagai juara keseluruhan. Dan sekali lagi Irbid dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada KARISMA 2009. Namun KARISMA 2010 telah menjatuhkan Irbid ke tempat kedua dan mengangkat Mu’tah sebagai juara keseluruhan.

KARISMA IV akan menggunakan sistem pemarkahan mengikut sistem medal iaitu mengikut jumlah kutipan EMAS terbanyak.

• Antara acara yang dipertandingkan untuk KARISMA IV kali ini adalah : bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, ping pong, tarik tali, catur dan olahraga. Dan KARISMA IV telah memperkenalkan 3 lagi acara baru iaitu sepak takraw, dart dan tenpin boling.