Logo Rasmi KARISMA IV di Irbid |
- Jutaan terima kasih kepada 2 orang pereka utama logo KARISMA IV iaitu Saudara Mohd Tarmizi bin Mohd Said (Pelajar Tahun Akhir Perubatan JUST) & Saudara Aiman Rosli (Pelajar Tahun 5 Perubatan JUST). Moga jasa anda diberkati olehNYA dan dipermudahkan urusan menggenggam sebuah ijazah di sini untuk kalian berdua.
- Hakikatnya, logo asal KARISMA IV ini sudah lama direka. Rekaan asalnya pernah dicadangkan oleh Saudara Tarmizi seawal bulan Mei 2010 iaitu beberapa minggu selepas berakhirnya KARISMA 2010 D’ Mafraq. Beberapa bulan kemudian, logo tersebut diedit semula oleh Saudara Aiman Rosli dan akhirnya inilah hasilnya.
- Secara ringkasnya, 4 warna utama menjadi penghias logo ini iaitu Merah, Biru, Hijau & Kuning. Warna tersebut mewakili warna kontinjen 4 zon di sini iaitu Amman, Irbid, Mafraq & Mutah.
- Angka IV merupakan tulisan angka Roman Moden bermaksud huruf empat (4). Angka itu melambangkan edisi penganjuran KARISMA 2011 di Irbid ini.
- Seterusnya, 4 orang yang saling berpegangan tangan itu membawa simbolik juara-juara dari empat zon yang bertanding pada kejohanan kali ini.
- Terdapat bulatan hijau di tengah serta hiasan yang mengelilingi bulatan itu. Macam-macam tafsiran orang berikan. Ada yang kata seperti gasing dan ada yang merasakan seperti tanglong. Sebenarnya, ia memberi lambang sebuah matahari.
- Matahari diciptakan Allah menerangi seluruh planet dan semesta di Sistem Solar ini. Cukup sempurna sifatnya - berputar pada paksinya tanpa melanggari aturannya, menerangi segenap ruang tanpa lari dari masanya walaupun sesaat dan pelbagai lagi peranannya. Disebabkan kualitinya yang cukup sempurna ini, maka kami jadikan matahari sebagai simbolik kualiti juara yang kami harapkan semua peserta dapat contohi.
- Terakhir sekali, hiasan sekeliling bulatan hijau itu terdiri daripada 3 lapisan. Jumlah hiasan bagi lapisan terluar dan di tengah ialah sebanyak 38 melambangkan jumlah pingat yang ditawarkan untuk edisi kali ini.
Semua hiasan tersebut dilingkungi dalam satu bulatan melambangkan semua komponen memainkan peranan untuk kejohanan ini dan merupakan inspirasi bersama.
KARISMA IV : KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA
No comments:
Post a Comment