Monday, February 28, 2011

Maklumat & Peraturan umum KARISMA IV


KARISMA IV
KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA
MAKLUMAT UMUM

Mantiqah                                            :
Ketua Kontinjen ( L )                           :
No. Telefon Ketua Kontinjen               :
Penolong Ketua Kontinjen ( P )           :
No. Telefon Pen Ketua Kontinjen        :
Jumlah Pemain Lelaki                         :
Jumlah Pemain Perempuan                :
Nota:

1.       Dokumen ini terdiri daripada :
-          Peraturan Umum KARISMA IV
-          Syarat-syarat Acara Pertandingan
-          Borang Pendaftaran Nama mengikut Acara
-          Senarai Nama Pengadil (setiap mantiqah)
2.       Peraturan sukan dan kehakiman KARISMA IV adalah mengikut peraturan seperti di bawah. Seandainya ada pertukaran, pihak penganjur akan maklumkan dari semasa ke semasa.
3.       Sila kembalikan borang pendaftaran namayang telah diisi kepada pihak penganjur selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Mac 2011bersamaan hari Khamis sebelum 10 malam.
4.       Sila gunakan huruf besar ketika mengisi borang ini.
5.       Penghantaran borang hendaklah melalui softcopy ke e-mail rasmi KARISMA IV iaitu karismajordan@ymail.com
6.       Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dirujuk kepada AJK bertugas :
Ashraf Marwan(+962779838948) atau Fifi Rafiza (+962779974163)

PERATURAN UMUM
KEJOHANAN SUKAN MAHASISWA SEJORDAN (KARISMA) KE-4
(KARISMA IV 2011) IRBID, JORDAN

1. PENGANJUR UTAMA
Education Malaysia Jordan (EMJ)
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)

2. JAWATANKUASA PENGANJUR
Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MPPMJ
Ahli Jawatankuasa Pelaksana KARISMA IV

3. PERATURAN UMUM KARISMA IV
3.1 KELAYAKAN PESERTA
3.1.1 Terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang menuntut di 4 empat zon berikut di Jordan
- Amman
- Irbid
- Mafraq
- Mutah
3.1.2 Terbuka kepada semua pegawai Kedutaan Besar Malaysia & Education Malaysia Jordan.

3.2 WARNA RUMAH KONTINJEN
3.2.1 Selaku pihak penganjur, kami telah menetapkan warna rumah bagi setiap kontinjen seperti berikut:

                - Amman             :               BIRU
                - Irbid                    :               KUNING
                - Mafraq              :               MERAH
                - Mutah                :               HIJAU

3.3 HAK KUASA JAWATANKUASA PENGANJUR
3.3.1 Jawatankuasa Penganjur BERHAK menjemput mana-mana peserta yang memenuhi syarat 3.1.1 dan 3.1.2
3.3.2 Jawatankuasa Penganjur BERHAK membatalkan penyertaan dan pengiraan mata/pingat kontinjen yang melanggar peraturan umum dan am serta syarat-syarat pertandingan ini.

3.4 OBJEKTIF KARISMA IV
3.4.1 Mengukuhkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa Malaysia dari pelbagai zon di Jordan
3.4.2 Membuka ruang seluas-luasnya untuk mahasiswa Malaysia mengetengahkan bakat dan potensi masing-masing di lapangan kesukanan.
3.4.3 Membentuk disiplin diri yang utuh ke dalam kehidupan melalui aspek kesukanan
3.4.4 Menerapkan elemen "kecergasan badan, kecerdasan minda" dalam setiap mahasiswa.

3.5 ACARA DIPERTANDINGKAN & PENENTUAN KEJUARAAN
3.5.1 Penganjuran KARISMA IV kali ini mempertandingkan 10 acara yang terdiri daripada acara individu mahupun berpasukan.
3.5.2 Acara tersebut adalah Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Ping Pong, Sepak Takraw, Olahraga, Boling, Catur & Darts.
3.5.3 Jumlah pingat yang ditawarkan kali ini ialah sebanyak 37 buah pingat.
3.5.4 Penentuan kejuaraan KARISMA edisi kali ini ialah mengikut jumlah kutipan EMAS terbanyak.
3.5.5 Seandainya berlaku terikat jumlah pungutan emas, maka jumlah pungutan perak yang akan dijadikan rujukan. Sekiranya masih berlaku terikat jumlah yang sama, maka pungutan gangsa yang akan jadi penentu kejuaraan.

3.6 URUSAN PINJAMAN PESERTA
3.6.1 Jawatankuasa Penganjur membenarkan urusan pinjaman peserta HANYA untuk kontinjen Amman dari baki 3 zon yang lain.
3.6.2 Segala urusan pinjaman peserta perlu melalui ketua kontinjen zon masing-masing dan perlulah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pelaksana KARISMA IV.

3.7 HAD ACARA KEMASUKAN PESERTA
3.7.1 Pihak Pelaksana KARISMA IV tidak meletakkan had penyertaan bagi peserta. Namun seandainya berlaku pertindihan, maka automatiknya perlu diganti dengan baki peserta simpanan yang ada dalam pasukan tersebut.
3.7.2 Pihak Pelaksana KARISMA IV tidak akan memberi toleransi untuk menunggu ketibaan peserta yang berlaku pertindihan acara melebihi dari masa penangguhan yang diberikan oleh urusetia setiap acara.

3.8 WAKIL PENGADIL SETIAP ZON
3.8.1 Bagi memastikan mutu pengandilan berjalan baik, kami memerlukan wakil dari setiap kontinjen untuk menjadi sebahagian dari orang bertanggungjawab dalam mengadili perlawanan sepanjang KARISMA IV
3.8.2 Kami memohon wakil tersebut diambil dari kalangan peserta yang mewakili zon tertentu bagi acara tersebut kerana lebih arif berkenaan peraturan perlawanan acara tersebut.
3.8.3 Senarai wakil pengadil setiap zon boleh diiisi pada lampiran SENARAI NAMA PENGADIL KARISMA IV

3.9 TATATERTIB / DISIPLIN PESERTA
3.9.1 Peserta diwajibkan dan diminta berkelakuan sopan sewaktu pertandingan dan dilarang menimbulkan ketegangan dan permusuhan antara satu sama lain.
3.9.2 Sewaktu pertandingan berjalan, penyokong DILARANG melakukan sebarang tindakan yang menimbulkan ketegangan dan permusuhan antara satu sama lain.
3.9.3 Seandainya berlaku perkara di atas oleh peserta mahupun penyokong kontinjen, maka Jawatankuasa Kehakiman & Bantahan BERHAK membatalkan perlawanan tersebut dan memberikan kemenangan kepada pihak lawan.

3.10 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SUKAN
3.10.1 Semua kontinjen dikehendaki mematuhi syarat-syarat pertandingan setiap acara yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan KARISMA IV
3.11.2 Sebarang bantahan dan ketidakpuashatian bolehlah dikemukakan mengikut saluran yang telah ditetapkan seperti perkara 3.11

3.11 JAWATANKUASA KEHAKIMAN & BANTAHAN
3.11.1 Jawatankuasa Kehakiman & Bantahan terdiri daripada:
- Timbalan Pengarah I & II KARISMA IV
- Ketua Pengadil ( Mengikut Acara )
- Pengadil Bertugas ( Mengikut Perlawanan )
3.11.2 Keputusan Jawatankuasa Kehakiman & Bantahan adalah MUKTAMAD.

No comments:

Post a Comment