Syarat-syarat Pertandingan Badminton KARISMA IV
1.0 PERATURAN AM
1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Badminton World Federation (BWF) 1.2. Sekiranya berlaku perselisihan/persoalan dari pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
2.0 TARIKH
1hb dan 2hb April 2011
3.0 TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini akan diadakan di :-
3.1.1 Gelanggang Badminton Gymnasium JUST, bagi pelajar siswi
3.1.2 Gymnasium Khalid Al-Walid Yarmouk Irbid, bagi pelajar siswa
4.0 PENYERTAAN
4.1. Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:-
URUSETIA
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA (KARISMA) Ke-4
Unit Atucara Program & Infrastruktur Sukan
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
Tel: ___________________
Email: karismajordan@ymail.com
Unit Atucara Program & Infrastruktur Sukan
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
Tel: ___________________
Email: karismajordan@ymail.com
4.2. Penyertaan Kontinjen adalah seperti:-
4.2.1. PERMAI ( IRBID )
4.2.2. PPMA ( AMMAN )
4.2.3. PRISMA ( MAFRAQ )
4.2.2. PPMA ( AMMAN )
4.2.3. PRISMA ( MAFRAQ )
4.2.4. PERMATA ( MU’TAH )
4.3 Setiap kontinjen hanya dibenarkan menghantar satu (1) pasukan siswa dan satu (1) pasukan siswi sahaja:
Siswa
3 perseorangan
3 perseorangan
2 beregu
2 simpanan
Jumlah 9 Orang sahaja.
Siswi
3 perseorangan
3 perseorangan
2 beregu
2 simpanan
Jumlah 9 Orang sahaja.
4.4. Jumlah dalam setiap pasukan adalah termasuk seorang yang dikenali sebagai PENGURUS atau KETUA yang boleh menjadi wakil untuk acara taklimat ringkas, perbincangan antara pasukan mahupun cabutan undi.
4.5. Setiap pasukan hendaklah mengisikan borang yang telah disediakan dan dikembalikan selewat-lewatnya sebelum jam 10 malam 10hb Mac 2011 (Khamis)
5.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
5.1. Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan suatu masa sebelum pertandingan dimulakan.
5.2. Senarai nama yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
5.2. Senarai nama yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
6.0 SENARAI PEMAIN-PEMAIN
6.1 Pengurus / Ketua Pasukan dikehendaki menyerahkan SATU (1) SENARAI NAMA
PEMAIN-PEMAIN dalam borang khas yang disediakan kepada Jawatankuasa
Pertandingan TIGA PULUH (30) MINIT sebelum perlawanan bermula beserta posisi
setiap pemain.
7.0. PERATURAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN
7.1 Pertandingan berformatkan LIGA.
7.2 Bentuk pertandingan adalah berkonsep Piala Thomas di mana mengandungi 3 perseorangan dan 2 beregu.
7.3 Sesuatu pasukan akan memenangi sesuatu pertembungan apabila memenangi 3 daripada 5 perlawanan maksimum terlebih dahulu.
7.4 Mata perlawanan adalah sebanyak 21, dan jika kedudukan mata terikat
pada angka 20-20, maka kemenangan hendaklah ditentukan dengan beza 2
mata, dan jika berlarutan pada angka 29-29, mata 30 adalah mata penamat.
7.3 Setiap perlawanan berlangsung sebanyak 2 set utama, dan jika berlarutan, perlawanan terpaksa dilangsungkan ke set ketiga. Kiraan mata untuk set ketiga adalah sebanyak 21 juga.
7.4 Nisbah bagi menentukan juara liga akan dikira seperti berikut(mengikut keutamaan) :-
7.4.1 Kemenangan pertembunganterbanyak
7.4.2 Pertembungan muka ke muka
7.6 Pakaian pemain hendaklah menutup aurat sejajar dengan mahasiswa/I Islam.
7.7 Semua pasukan hendaklah mengikut peraturan yg ditetapkan oleh pihak pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.
8.0 PERLAWANAN
8.1 Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan.
8.2 Setiap pasukan dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari masa yang dijadualkan
Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.
9.0 BANTAHAN
9.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat satu (1) jam selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak JOD20.00 secara bertulis.
9.2 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
10.0 TATATERTIB/DISPLIN
10.1. Sebarang kelakuan dari pemain atau penyokong dari mana –mana kontinjen yang melampau sehingga menggangu perlawanan, pasukan dari kontinjen terbabit akan dibatalkan serta merta dari perlawanan. Setiap kemenangan akan ditarikbalik tanpa sebarang tolak ansur.
11.0 HADIAH
11.1. Hadiah-hadiah akan diberikan kepada kategori siswa dan siswi:-
KATEGORI / PINGAT | SISWA | SISWI |
EMAS | 1 (9) | 1 (9) |
PERAK | 1 (9) | 1 (9) |
GANGSA | 1 (9) | 1 (9) |
JUMLAH PINGAT | 54 |
Syarat-syarat Pertandingan Bola Tampar KARISMA IV
1.0 PERATURAN AM
1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Fédération Internationale de Volleyball (FIVB)
1.2. Sekiranya berlaku perselisihan/persoalan dari pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
2.0 TARIKH
1hb dan 2hb April 2011
3.0 TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini akan diadakan di :-
3.1.1 Gelanggang Bola Tampar Gymnasium JUST dan Gymnasium Madinah Hassan bagi siswi
3.1.2 Kuliah Riadah University Yarmuk,bagi siswa
4.0 PENYERTAAN
4.1. Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:-
URUSETIA
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA MALAYSIA (KARISMA) Ke-4
Unit Atucara Program & Infrastruktur Sukan
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
Tel: ___________________
Email: karismajordan@ymail.com
4.2. Penyertaan Kontinjen adalah seperti:-
4.2.1. PERMAI ( IRBID )
4.2.2. PPMA ( AMMAN )
4.2.3. PRISMA ( MAFRAQ )
4.2.4. PERMATA ( MU’TAH )
4.3 Setiap kontinjen hanya dibenarkan menghantar dua(2) pasukan siswa dan dua(2) pasukan siswi sahaja:
Lelaki
Pasukan A 9 Orang ( 6 + 3 simpanan )
Pasukan B 9 Orang (6 + 3 simpanan )
Jumlah 18 Orang sahaja.
Wanita:
Pasukan A 9 Orang ( 6 + 3 simpanan )
Pasukan B 9 Orang (6 + 3 simpanan )
Jumlah 18 Orang sahaja.
4.4. Jumlah dalam setiap pasukan adalah termasuk seorang yang dikenali sebagai PENGURUS atau KETUA yang boleh menjadi wakil untuk acara taklimat ringkas, perbincangan antara pasukan mahupun cabutan undi.
4.5. Setiap Pasukan hendaklah mengisikan borang yang telah disediakan dan dikembalikan selewat-lewatnya sebelum jam 10 malam 10hb Mac 2011 (Khamis)
5.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
5.1. Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan suatu masa sebelum pertandingan acara Bola Tampar dimulakan.
5.2. Senarai nama yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
6.0 SENARAI PEMAIN-PEMAIN
6.1 Pengurus / Ketua Pasukan dikehendaki menyerahkan SATU (1) SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN dalam borang khas yang disediakan kepada Jawatankuasa pertandingan TIGA PULUH (30) MINIT sebelum perlawanan bermula beserta posisi setiap pemain.
7.0. PERATURAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN
7.1 Pertandingan dijalankan secara ‘ROUND ROBIN’ dalam dua (2) kumpulan
7.2 Di pertandingan secara liga kumpulan (Peringkat Awal).MATA akan diberikan seperti berikut:-
7.2.1 Pasukan yang menang 3 mata
7.2.2 Pasukan yang kalah 0 mata
7.2.3 Pasukan yang menarik diri 0 mata
7.3 Permainan akan dijalankan dalam DUA SET dengan kiraan mata 25 dan tambahan sehingga 30 sekiranya permainan terikat. Pemenang akan ditentukan melalui nisbah kemenangan set yang besar terlebih dahulu.
7.4 Seandainya kedua-dua pasukan terikat 1-1 SET KETIGAakan dilangsungkan untuk menentukan pemenang bagi sasuatu perlawanan.
7.5 2 pasukan yang mendapat mata terbanyak dalam kumpulan akan memasuki separuh akhir dan sekiranya kiraan MATA adalah sama dalam pertandingan, maka pasukan yang mempunyai :-
7.5.1 Nisbah set yang terbanyak dianggap sebagai pemenang.
7.5.2 Sekiranya terdapat pasukan-pasukan yang memperolehi Nisbah Set yang sama, maka pasukan yang memperolehi Nisbah Mata terbanyak dianggap sebagai pemenang.
8.0 PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR
8.1 2 Pasukan yang memperolehi MATA yang terbanyak dalam kumpulan masing-masing adalah layak bermain dalam PERINGKAT SEPARUH AKHIR.
8.2 Pertandingan separuh akhir akan dimainkan secara KALAH SINGKIR.
9.0 PERTANDINGAN PENENTUAN TEMPAT KE-3 DAN KE-4
9.1 Pasukan yang tersingkir di pertandingan peringkat separuh akhir akan bermain dalam penentuan tempat ke-3 dan ke-4
10.0 PERTANDINGAN AKHIR
10.1 Pemenang-pemenang pertandingan peringkat separuh akhir adalah layak bermain dalam pertandingan akhir untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.
11.0 PERLAWANAN
11.1 Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan.
11.2 Setiap pasukan dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari masa yang dijadualkan.
Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.
12.0 BANTAHAN
12.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat satu (1) jam selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak JOD20.00 secara bertulis.
12.2 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
13.0 TATATERTIB/DISPLIN
13.1 Sebarang kelakuan dari pemain atau penyokong dari mana –mana kontinjen yang melampau sehingga menggangu perlawanan. Pasukan yang dari kontinjen terbabit akan dibatalkan serta merta dari perlawanan. Setiap kemenangan akan ditarikbalik tanpa sebarang tolak ansur.
14.0 HADIAH
14.1 Hadiah-hadiah akan diberikan kepada kategori lelaki dan wanita:-
KATEGORI / PINGAT | SISWA | SISWI |
EMAS | 1 (9) | 1 (9) |
PERAK | 1 (9) | 1 (9) |
GANGSA | 1 (9) | 1 (9) |
JUMLAH PINGAT | 54 |
Syarat-syarat Pertandingan Bola Jaring KARISMA IV
1.0 PERATURAN AM
1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang International Federation of Netball Association(IFNA)
1.2. Sekiranya berlaku perselisihan/persoalan dari pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
2.0 TARIKH
1hb dan 2hb April2011.
3.0 TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini akan diadakan di :-
3.1.1 Gelanggang Bola Jaring Gymnasium JUST&Gymnasium Madinah Hassan
4.0 PENYERTAAN
4.1. Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:-
URUSETIA
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA MALAYSIA (KARISMA)2011 IRBID
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
Tel: ___________________
Email: karismajordan@ymail.com
4.2. Penyertaan Kontinjen adalah seperti:-
4.2.1. PERMAI ( IRBID )
4.2.2. PPMA ( AMMAN )
4.2.3. PRISMA ( MAFRAQ )
4.2.4. PERMATA ( MU’TAH )
4.3 Setiap kontinjen hanya dibenarkan dua(2) pasukan siswi sahaja:
Siswi:
Pasukan A 10 Orang ( 7 + 3 simpanan )
Pasukan B 10 Orang (7 + 3 simpanan )
Jumlah 20 Orang sahaja.
4.4. Jumlah dalam setiap pasukan adalah termasuk seorang yang dikenali sebagai PENGURUS atau KETUA yang boleh menjadi wakil untuk acara taklimat ringkas, perbincangan antara pasukan mahupun cabutan undi
4.5. Setiap Pasukan hendaklah mengisikan borang yang telah disediakan dan dikembalikan selewat-lewatnya sebelum jam 10 malam 10hb Mac 2011 (Khamis)
5.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
5.1. Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan suatu masa sebelum pertandingan acara Bola Jaring dimulakan.
5.2. Senarai nama yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
6.0 SENARAI PEMAIN-PEMAIN
6.1 Pengurus / Ketua Pasukan dikehendaki menyerahkan SATU (1) SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN dalam borang khas yang disediakan kepada Jawatankuasa pertandingan TIGA PULUH (30) MINIT sebelum perlawanan bermula beserta posisi setiap pemain
7.0. PERATURAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN
7.1 Pertandingan dijalankan secara ‘ROUND ROBIN’ dalam dua (2) kumpulan
7.2 Di pertandingan secara liga kumpulan (Peringkat Awal).MATA akan diberikan seperti berikut:-
7.2.1 Pasukan yang menang 3 mata
7.2.2 Pasukan yang kalah 0 mata
7.2.3 Pasukan yang menarik diri 0 mata
7.3 Permainan akan dijalankan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap
suku waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit.
Pemenang akan ditentukan melalui nisbah kemenangan set yang besar terlebih
dahulu.
7.4 2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dalam kumpulan dikira pemenang dan sekiranya kiraan MATA adalah sama dalam pertandingan, maka pasukan yang mempunyai :-
7.4.1 Nisbah set yang terbanyak dianggap sebagai pemenang.
7.4.2 Sekiranya terdapat pasukan-pasukan yang memperolehi Nisbah Set yang sama, maka pasukan yang memperolehi Nisbah Mata terbanyak dianggap sebagai pemenang.
7.6 Pakaian pemain hendaklah menutup aurat sejajar dengan mahasiswa/i Islam.
7.7 Semua pasukan hendaklah mengikut peraturan yg ditetapkan oleh pihak pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.
8.0 PERLAWANAN
8.1 Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan.
8.2 Setiap pasukan dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari masa yang dijadualkan
Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.
9.0 BANTAHAN
9.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat satu (1) jam selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak JOD20.00 secara bertulis.
9.2 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
10.0 TATATERTIB/DISPLIN
10.1. Sebarang kelakuan dari pemain atau penyokong dari mana –mana kontinjen yang melampau sehingga menggangu perlawanan, pasukan yang dari kontinjen terbabit akan dibatalkan serta merta dari perlawanan. Setiap kemenangan akan ditarikbalik tanpa sebarang tolak ansur
11.0 HADIAH
11.1. Hadiah-hadiah akan diberikan kepada kategori siswi:-
KATEGORI / PINGAT | SISWI |
EMAS | 1 (10) |
PERAK | 1 (10) |
GANGSA | 1 (10) |
Syarat-syarat Pertandingan Bola Sepak KARISMA IV
1.0 PERATURAN AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Fédération Internationale de Football Association (FIFA)
1.2 Sekiranya berlaku perselisihan/persoalan dari pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
2.0 TARIKH
1hb dan 2hb April, 2011.
3.0 TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini akan diadakan Stadium University Yarmouk serta Pusat Sukan Madinah Hassan Irbid
4.0 PENYERTAAN
4.1. Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:-
URUSETIA
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA MALAYSIA (KARISMA) Ke-4
Unit Atucara Program & Infrastruktur Sukan
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
Tel: +962779838948
Email: karismajordan@ymail.com
4.2. Penyertaan Kontinjen adalah seperti:-
4.2.1. PERMAI ( IRBID )
4.2.2. PPMA ( AMMAN )
4.2.3. PRISMA ( MAFRAQ )
4.2.4. PERMATA ( MU’TAH )
4.3 Setiap kontinjen hanya dibenarkan menghantar dua(2) pasukan
Pasukan A 18 Orang (11+7 simpanan )
Pasukan B 18 Orang (11 +7 simpanan )
Jumlah 36 Orang sahaja.
4.4. Jumlah dalam setiap pasukan adalah termasuk seorang yang dikenali sebagai PENGURUS atau KETUA yang boleh menjadi wakil untuk acara taklimat ringkas, perbincangan antara pasukan mahupun cabutan undi
4.5. Setiap Pasukan hendaklah mengisikan borang yang telah disediakan dan dikembalikan selewat-lewatnya sebelum jam 10 malam 10hb Mac 2011 (Khamis)
5.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
5.1. Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan suatu masa sebelum pertandingan acara Bola Sepak dimulakan.
5.2. Senarai nama yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
6.0 SENARAI PEMAIN-PEMAIN
6.1 Pengurus / Ketua Pasukan dikehendaki menyerahkan SATU (1) SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN dalam borang khas yang disediakan kepada Jawatankuasa pertandingan TIGA PULUH (30) MINIT sebelum perlawanan bermula beserta posisi setiap pemain
7.0. PERATURAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN
7.1 Pertandingan dijalankan secara ‘ROUND ROBIN’ dalam dua (2) kumpulan
7.2 Di pertandingan secara liga kumpulan (Peringkat Awal).MATA akan diberikan seperti berikut:-
7.2.1 Pasukan yang menang 3 mata
7.2.2 Pasukan yang seri 1 mata
7.2.3 Pasukan yang kalah 0 mata
7.2.4 Pasukan yang menarik diri 0 mata
7.3 Permainan akan dijalankan selama 40 minit.20 minit pada separuh masa pertama dan 20 minit pada separuh masa kedua.
7.4 2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dalam kumpulan dikira pemenang dan sekiranya kiraan MATA adalah sama dalam pertandingan, maka pasukan yang mempunyai perbezaan bilangan gol dan bolos(goal difference) yang lebih tinggi akan dipilih.
8.0 PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR
8.1 2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dalam kumpulanmasing-masing adalah layak bermain dalam PERINGKAT SEPARUH AKHIR.
8.2 Pertandingan separuh akhir akan dimainkan secara KALAH SINGKIR.
9.0 PERTANDINGAN PENENTUAN TEMPAT KE-3 DAN KE-4
9.1 Pasukan yang tersingkir di peringkat separuh akhir akan bermain dalam penentuan tempat ke-3 dan ke-4
9.2 Permainan akan dijalankan selama 40 minit.20 minit pada separuh masa pertama dan 20 minit pada separuh masa kedua.
9.3 Sekiranya masa tidak menigizinkan,penentuan akan dibuat melalui sepakan penalti.
10.0 PERTANDINGAN AKHIR
10.1 Pemenang-pemenang perlawanan SEPARUH AKHIR adalah layak bermain dalam Pertandingan Akhir untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.
10.2 Permainan akan dijalankan selama 60 minit.30 minit pada separuh masa pertama dan 30 minit pada separuh masa kedua.
Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, pengurus hendaklah menyerahkan senarai atau barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan kepada pengadil rasmi bertugas dengan mengunakan borang yang disediakan.
11.0 PERLAWANAN
11.1 Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan.
11.2 Setiap pasukan dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari masa yang dijadualkan
Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.
12.0 BANTAHAN
12.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat satu (1) jam selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak JOD20.00 secara bertulis.
12.2 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
13.0 TATATERTIB/DISPLIN
13.1. Sebarang kelakuan dari pemain atau penyokong dari mana –mana kontinjen yang melampau sehingga menggangu perlawanan. Pasukan yang dari kontinjen terbabit akan dibatalkan serta merta dari perlawanan. Setiap kemenangan akan ditarikbalik tanpa sebarang tolak ansur
14.0 HADIAH
14.1. Hadiah-hadiah akan diberikan kepada kategori lelaki dan wanita:-
KATEGORI / PINGAT | SISWA |
EMAS | 1 (18) |
PERAK | 1 (18) |
GANGSA | 1 (18) |
JUMLAH PINGAT | 54 |
No comments:
Post a Comment